Md Ali Ahmad

SSjn (B) Md Ali Ahmad dilahirkan pada 23 Jan 1951, di Kg Serkam, Merlimau Melaka. Beliau memasuki Angkatan Tentera Malaysia pada 27 Jun 1970 ketika berusia 19 tahun dan unit asal beliau ketika itu adalah Artileri tetapi disebabkan tertarik dengan nama elit komando beliau membuat permohonan lalu menyertainya pada tahun 1972. Beliau ditempatkan dalam Skuadron Z, Regimen Gerak Khas (RGK) dan ditugaskan sebagai pasukan simpanan naungan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia dan ditempatkan di Kem Tambun, Ipoh Perak Beliau dianugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muā€™adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada tanggal 5 Jun 1974 selepas dua bulan pertempuran Op Gonzales. Apa yang membanggakan adalah penganugerahan ini menjadikan beliau anggota komando termuda yang menerima pingat PGB ketika usianya 23 tahun. Tiga tahun selepas itu beliau bertukar ke Cawangan Penyiasatan Khas, Kor Polis Tentera sehinggalah menamatkan perkhidmatan dengan pangkat terakhir beliau SSjn pada tahun 1991. SSjn Md Ali Ahmad mendirikan rumah tangga bersama Rohaya Mohd Shah pada tahun 1977 dan dikurniakan lima cahaya mata perempuan dan tiga cahaya mata lelaki. Beliau yang merupakan anak jati Merlimau, Melaka meneruskan kehidupan dengan melakukan kerja-kerja kampung di usianya 67 tahun. Mata sebelah kiri beliau telah buta akibat kemalangan jalan raya.